Showing posts with label bangga jadi fatim. Show all posts
Showing posts with label bangga jadi fatim. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Kerana dia begitu berharga.

Assalammualaikum w.b.t..
Salam Ahad penuh barakah anugerah daripada Al-Khalik :)
SELAMAT HARI IBU!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Buat anak-anak yang sedang membesar watch this :)
Tiada Allah selain DIA, tiada IBU selain dia yang melahirkan kita.
Mari gembirakan hati IBU
Orang selalu kata setiap hari adalah hari IBU, bagi saya setiap sedetik lebih itu ialah untuk ibu belaka

Layan~~~ 
:)


kami peminat video matluthfi90  :)

Gembirakan hati ibu dengan tingkah laku serta peribadi yang indah. Itu sudah cukup para ibu untuk melihat bagaimana rasa sejuknya perut ibu mengandung. Ops! rasanya silap..bagaimana rasa sejuknya hati dan mata  ibu apabila kelak akan lega meninggalkan anak-anak yang dapat mendoakan mereka apabila mereka sudah tiada


Syukran laka ya Ummi :)



Saya bukan 'Alim

Siapa yang tak mahu jadi anak yang soleh/solehah? :)


Astaghfirullahal'azim
Bismillahirrahmanirrahim
Salamuan alaik anda-anda semua [ada pula "anda-anda" :) ]
Sentiasa CHILL dan SENYUM itu kekal dalam jiwa-jiwa yang punya taman bunga 

.......................................................

"Ko takyahlah poyo-poyo nak berlagak alim"
Apa yang mampu dirasakan....?
Terkilan ada, rasa sakit hati, sedih ada, cuba menenangkan perasaan sendiri supaya tidak marah. tak gitu? he he :D

Hati : Manusia ini memang tak boleh nak rasa 'alim ka?
Hati : Manusia itu ganjil atau pelik bila tengok orang 'alim?
Hati : Manusia itu tak boleh bergerak menjadi 'alim ka?
Hati : Manusia lain memandang orang yang 'alim itu ialah orang yang tak patut dimata mereka dan tak boleh ditegur ka?
Hati : Manusia itu.....

Banyak perspektif hati mengenai si ALIM ini, bukan manusia. Kerana manusia itu tak punya apa-apa. Yang ada cuma hati dan akal yang asyik memikirkan berkisar tentang si 'ALIM ini.

Salahkah?
Salahkah manusia menjadi 'alim? Adakah 'alim itu satu kesalahan yang ganjil di mata manusia lain yang tidak biasa bagi mereka apabila orang yang 'alim itu cuba menasihati mereka? Seandainya orang 'alim yang sebelum ini banyak huha sana, huha sini tidak boleh menegur kesilapan manusia yang lain [manusia yang belum faham]. Adakah orang yang huha sana sini tidak diberikan peluang untuk membuat kebaikan. Rasa janggal dan pelik itu memang sentiasa ada bagi manusia yang tidak punya kefahaman. Seolah-olah orang yang huha sana sini suatu ketika dahulu, dosa-dosanya diampunkan oleh orang yang tidak punya kefahaman ini.

ISLAM itu sejahtera :)

Perbetulkan,
Ideologi ini perlu diluruskan, kalau yang 'alim ini apabila menghadapi situasi sedemikian rupa, cepat-cepat gunakan akal fikiran dan sedar diri supaya tak tersilap tingkah. Takut yang tidak punya kefahaman ini akan tersalah anggap, guna bahasa yang lembut serta pendekatan yang bijak supaya tidak berlaku salah faham :) Kalau ideologi ini tidak diterapkan, akan lahir manusia yang keliru dan takut untuk mengubah keadaan mereka sendiri. Takut penerimaan orang luar yang hanya melihat dosa-dosa lalu sebagai kayu pengukur personaliti pada hari ini. Sedangkan, orang yang berbuat dosa terdahulu sudah faham dan sedar akan kesilapannya suatu ketika dahulu dan ingin berubah menjadi lebih baik.

Akhirnya, sentiasa mendoakan untuk diri sendiri dan orang sekeliling supaya sentiasa mendapat petunjuk daripada Ilah, Dia yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui atas segalanya. Sekiranya kita merancang yang terbaik, Allah merancang lebih, lebih, lebih baik daripada perancangan manusia. Kita bersedia menerima sebarang kemungkinan kerana orang yang beriman itu bersedia melakukan segala perkara yang dituntut oleh Tuhannya walaupun mereka tidak merelakannya. Wallahualam ~

"MUHASABAH ITU MEMERLUKAN KEBIJAKSANAAN"

Friday, May 6, 2011

Istimewa itu yang mahal

Salamun Alaik~
Dah malam, belum tidur? Masih lagi belum selagi tak menceritakan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan :)
Senyum, senyum. Mesti kekal senyum selalu :)

ISTIMEWA
cmni ISTIMEWA? isinya gebu-gebu.hehe

ISTIMEWA itu juga UNIK :)


Apa yang ISTIMEWA nya? gamabr2 di atas..oh, itu itu ISTIMEWA tapi unik dari segi pemikirannya. Bukankan ISITIMEWA itu ialah sesuatu yang jarang ada atau berlaku atau jarang dibuat. kan?kan?
Ok, teruskan. Adakah blog ini? Oh, belum lagi..blog ini memerlukan pembaikan lagi. orang ISTIMEWA dihatiku? hehehe :) Oh, itu lagi bukan..tiada yang istimewa di hati ini melainkan ibu ayah serta keluarga sakinah yang diharapkan. 
Lagi, lagi..apa lagi yang terISTIMEWA itu? yang istimewa itu ialah tak lain tak bukan iaitu kanak-kanak ISTIMEWA yang sangat dekat dengan diri saya yang Insya Allah kalau punya waktu dan izinNYA akan membimbing mereka supaya mereka jadi salah seorang penyumbang penbangunan ISLAM dan negara :) didoakan. Amin ya Rabbal alamin. 

He he he :)
Bukan apa, hari Jumaat di Astro Oasis ada menyiarkan Imam Muda musim kedua. Tugasan mereka ialah mengajar kanak-kanak ISTIMEWA. Melihat telatah mereka yang sangat melucukan ketika nak mengajar kanak-kanak ini ketika sesi P&P berlangsung. Contohnya, Imam Muda Najdi dengan telatahnya terpaksa berkejar pelajar angkatnya yang mengalami Sindrom Down [perempuan], ditempeleng oleh pelajar tersebut, diludah. ha ha ha :D kesian pula sya melihatnya . Ya, kerja mendidik kanak-kanak ISTIMEWA ini sangat memerluka kesabaran. SANGAT! dan SANGAT!

Siapa yang melihat Imam Muda Minggu kedua tadi akan tahu apa yang terjadi.. [ketawa sopan, sejujurnya saya tak tahu nak buat cmne :) fenomena di FB la ni :P ] 

Sebenarnya, bagus juga tugasan mudir dan murabbi IM mendedahkan mereka para IM mendekati golongan ISTIMEWA ini . Yerlah kan, walaupun mereka ini adalah golongan ahli syurga..mereka juga memerlukan kefahamn tentang agama ISLAM yang syumul. Bukan semua golongan ISTIMEWA ini tidak dapat berfikir, mereka boleh 'masuk ilmu' dalam kepala mereka, tetapi mereka memerlukan pengajaran yang berterusan. 

Saya ada membuat lawatan di Pusat PERMATApintar NEGARA UKM awal MAc lepas, ingin sekali saya ini bertanya kepada DR Noriah [pengarah pusat Permata UKM] bagaiman Islam diterapkan dikalangan pelajar bijak pandai ini. Hal ini kerana peljar bijak pandai atau golongan Pintar Cerdas ini adalah golongan yang selalu banyak bertanya kerana ciri-cirinya. Aish, ruginya saya tak tanya aritu..

Kreatif??

Inovatif??
Gambar2 yang menjadi rujukan bagi pelajar PC :)

MOTIF ENTRY?
Ya, sememangnya ISTIMEWA ITULAH YANG MAHAL. seperti kanak-kanak istimewa yang begitu berharga layak bagi mereka ditempatkan di syurga bahagia yang hakiki. Sesungguhnya untuk mendapatkan sesuatu yang mahal itu kita perlu berusaha. Berusaha semaksimum mungkin supaya kita dapat grab untuk mendapatkan hajat yang dihajati. samalah kita hidup untuk mendapatkan syurga. Bukan tidak mampu tapi banyak sungguh alasannya bukan. Lebih kepada diri saya yang selalu terlajak dengan dosa. Aduhai~ [JANGAN mengeluh Fatim, Nabi Muhammad tidak suka ummat Baginda mengeluh] sentiasa berusaha dan istiqamah, semoga Allah redha segalanya buat kalian dan saya juga :)

...:::BUKAN SEMUA APA KITA BUAT ALLAH REDHA:::...

Wednesday, May 4, 2011

Lamanya~~

Bismillahirahmanirrahim~

Alhamdulillah, hamdalah segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang menciptakan Bumi dan alam maya ini secantik yang tak pernah kita gambarkan Masya Allah :)

Aduhai~ [saya mengeluh melihat blog yang tersadai macam buku buruk di rak paling tas di perpustaakaan, takde sapa yang nampak, takde sapa yang jenguk. [de jugaklah nampak 17 orang view, mungkin "TERLALU" mungkin. But its ok, its no my problem :) ]

terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi tetapi kenapalah saya tak boleh menulis ayat panjang2, fobia tau, fobia. [harap ja bakal minor BM tapi hampeh nka ngarang panjang2, hik3] saya memang suka berkongsi. sebab tu perkongsian sya yang lebih detail sya suka briefing depan supaya orang di depan dapat faham apa yang kita nak sampaikan..kalau mereka tak faham sya boleh lakonkan apa yang mereka tak faham samai mereka faham [apa semua ni!! ] kan dah~~ ntah pape ja ..he he :) itulah sya yang memg lambat bila dapat tahu tengah buat kesilapan.


ok , perkongsian sikit ja :)

anda sudah membaca MATAHARI by HILAL ASYRAF 
saya syorkan anda membacanya, kalau boleh serahkan hati bile baca buku ni supaya anda akan dapat input yang paling menakjubkan dalam perkongsian pertama dalam novel ini..saya dah merasainya..its coo bro and girl. heee~
kita mesti punya cita-cita ingin menjadi seperti matahari yang memberi cahaya, yang memberi tenaga, yang memberi panduan..sangat berguna matahari pada semua manusia..seperti juga manusia yang punya kefahaman ISLAM yang sangat cantik, mesti bawa manfaat yang sangat berguna kepada orang sekeliling..bukankah dalam surah Baqarah ada menyatakan Allah berfirman bahawa Allah menjadikan manusia itu untuk dijadikan sebagai KHALIFAH yang berusaha untuk membawa manusia kearah pembaikan yang hakiki.. serta
dapat emnacapai taraf hamba yang tunduk dan patuh kepada perintahNYA, sejauh mana kita?? semoga Allah redha segalanya :)


Itu baru skit, 
Banyak input serta isi berguna ♥
Buat saya tersentap pada BAB Pertama.


Enjoy bagi yang sudah memilikinya :)
Kalau belum baca, boleh beli atau roger2. Hik3~



Apa yang ingin Dibicara??

Apa? Apa? APA?
Apa semua ni??
Kenapa semuanya harus begini,
padahal kebahagiaan itu sudah berada dipintu [dialog CINTA KARMILA, ASTRO RIA] apa kena mengena? ha ha :)

Apalah yang saya perkatakan itu? Baiklah, saya nak teruskan taipan saya yang tiada arahnnya ini.

Apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ini?
Adakah mahu KEKASIH yang hensem, sasa, kacak, baik. berbudi, berkopiah dan berbagai positifnya.

Adakah mahu KELUARGA yang penyayang, yang sentiasa menurut kemahuan, yang sentiasa bagi sokongan? yang sakinah, mawaddah warahmah? [cita-citaku :) ]

Adakah mahu KAWAN yang sentiasa disisi, yang sentiasa bersama susah dan senang [sush nak cari kan?] sebab kita tak berusaha untuk menjadi kawan yang sentiasa berada disisi dan sentiasa susah dan senang.

Adakah kita mahu EKONOMI yang mantap, yang punya wang yang banyak, yang punya harta yang banyak untuk ditunjukkan kepada orang lain? untuk sedekah dan bayar zakat?

Adakah kita mahu TEMAN HIDUP yang sentiasa berada disisi, yang sentiasa mendengar masalah,  yang sentiasa menemani kita tidur, yang mengejut tatkala subuh, yang mengejut untuk qiamullail~



Semua ini kita mahukan bukan? Kita mahukan yang terbaik daripada yang terbaik. Banyak lagi yang kita mahukan, banyak lagi yang kita belum kita teroka. Sampai bila? Untuk apa? Semoga apa yang kita lakukan dapat redha dariNYA. Kita berusaha Allah akan menilai. Keep it up! :)

Friday, January 28, 2011

Akhirnya :)

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi yang sangat mencintai hamba-hambaNYA

Dengan senyuman saya mulakan :) Akhirnya menjejakkan kaki ke arena "blogspot".  Dalam hati baru nak jadi kan Facebook yang jadi kegilaan ramai muda-mudi macam saya, he he :)  sebagai platform untuk blog, kiranya Fb : Blog (sama ja) sangatlah mudah untuk di akses,  permulaan di arena blog ini sangatlah susah. Aduhai ~~~
Malas nak korek apa yang ada pada blog sebenarnya.. He he :) [ sikap malas, jangan ikut ]

Ku cuba jadikan blog ini salah satu medan kita kongsi apa yang ada dalam fikiran. Bukankah ada hadis mengatakan (tak berapa ingat riwayat dari mana) Rasulullah ada pesan : sampaikan pesanan ku walaupun sepotong ayat. [ huh, betul ke dak ni ? kalau silap sila respon ya :) ]

Tak mahu cakap banyak, sebab banyak cakap, banyak kekhilafannya :)
Ukhwah fillah, selamanya indah :)
Terima kasih !