Wednesday, May 4, 2011

Apa yang ingin Dibicara??

Apa? Apa? APA?
Apa semua ni??
Kenapa semuanya harus begini,
padahal kebahagiaan itu sudah berada dipintu [dialog CINTA KARMILA, ASTRO RIA] apa kena mengena? ha ha :)

Apalah yang saya perkatakan itu? Baiklah, saya nak teruskan taipan saya yang tiada arahnnya ini.

Apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ini?
Adakah mahu KEKASIH yang hensem, sasa, kacak, baik. berbudi, berkopiah dan berbagai positifnya.

Adakah mahu KELUARGA yang penyayang, yang sentiasa menurut kemahuan, yang sentiasa bagi sokongan? yang sakinah, mawaddah warahmah? [cita-citaku :) ]

Adakah mahu KAWAN yang sentiasa disisi, yang sentiasa bersama susah dan senang [sush nak cari kan?] sebab kita tak berusaha untuk menjadi kawan yang sentiasa berada disisi dan sentiasa susah dan senang.

Adakah kita mahu EKONOMI yang mantap, yang punya wang yang banyak, yang punya harta yang banyak untuk ditunjukkan kepada orang lain? untuk sedekah dan bayar zakat?

Adakah kita mahu TEMAN HIDUP yang sentiasa berada disisi, yang sentiasa mendengar masalah,  yang sentiasa menemani kita tidur, yang mengejut tatkala subuh, yang mengejut untuk qiamullail~



Semua ini kita mahukan bukan? Kita mahukan yang terbaik daripada yang terbaik. Banyak lagi yang kita mahukan, banyak lagi yang kita belum kita teroka. Sampai bila? Untuk apa? Semoga apa yang kita lakukan dapat redha dariNYA. Kita berusaha Allah akan menilai. Keep it up! :)

No comments:

Post a Comment

Mahu mengomel dengan lebih lanjut?
Silakan disini :)