Saturday, May 7, 2011

Saya bukan 'Alim

Siapa yang tak mahu jadi anak yang soleh/solehah? :)


Astaghfirullahal'azim
Bismillahirrahmanirrahim
Salamuan alaik anda-anda semua [ada pula "anda-anda" :) ]
Sentiasa CHILL dan SENYUM itu kekal dalam jiwa-jiwa yang punya taman bunga 

.......................................................

"Ko takyahlah poyo-poyo nak berlagak alim"
Apa yang mampu dirasakan....?
Terkilan ada, rasa sakit hati, sedih ada, cuba menenangkan perasaan sendiri supaya tidak marah. tak gitu? he he :D

Hati : Manusia ini memang tak boleh nak rasa 'alim ka?
Hati : Manusia itu ganjil atau pelik bila tengok orang 'alim?
Hati : Manusia itu tak boleh bergerak menjadi 'alim ka?
Hati : Manusia lain memandang orang yang 'alim itu ialah orang yang tak patut dimata mereka dan tak boleh ditegur ka?
Hati : Manusia itu.....

Banyak perspektif hati mengenai si ALIM ini, bukan manusia. Kerana manusia itu tak punya apa-apa. Yang ada cuma hati dan akal yang asyik memikirkan berkisar tentang si 'ALIM ini.

Salahkah?
Salahkah manusia menjadi 'alim? Adakah 'alim itu satu kesalahan yang ganjil di mata manusia lain yang tidak biasa bagi mereka apabila orang yang 'alim itu cuba menasihati mereka? Seandainya orang 'alim yang sebelum ini banyak huha sana, huha sini tidak boleh menegur kesilapan manusia yang lain [manusia yang belum faham]. Adakah orang yang huha sana sini tidak diberikan peluang untuk membuat kebaikan. Rasa janggal dan pelik itu memang sentiasa ada bagi manusia yang tidak punya kefahaman. Seolah-olah orang yang huha sana sini suatu ketika dahulu, dosa-dosanya diampunkan oleh orang yang tidak punya kefahaman ini.

ISLAM itu sejahtera :)

Perbetulkan,
Ideologi ini perlu diluruskan, kalau yang 'alim ini apabila menghadapi situasi sedemikian rupa, cepat-cepat gunakan akal fikiran dan sedar diri supaya tak tersilap tingkah. Takut yang tidak punya kefahaman ini akan tersalah anggap, guna bahasa yang lembut serta pendekatan yang bijak supaya tidak berlaku salah faham :) Kalau ideologi ini tidak diterapkan, akan lahir manusia yang keliru dan takut untuk mengubah keadaan mereka sendiri. Takut penerimaan orang luar yang hanya melihat dosa-dosa lalu sebagai kayu pengukur personaliti pada hari ini. Sedangkan, orang yang berbuat dosa terdahulu sudah faham dan sedar akan kesilapannya suatu ketika dahulu dan ingin berubah menjadi lebih baik.

Akhirnya, sentiasa mendoakan untuk diri sendiri dan orang sekeliling supaya sentiasa mendapat petunjuk daripada Ilah, Dia yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui atas segalanya. Sekiranya kita merancang yang terbaik, Allah merancang lebih, lebih, lebih baik daripada perancangan manusia. Kita bersedia menerima sebarang kemungkinan kerana orang yang beriman itu bersedia melakukan segala perkara yang dituntut oleh Tuhannya walaupun mereka tidak merelakannya. Wallahualam ~

"MUHASABAH ITU MEMERLUKAN KEBIJAKSANAAN"

No comments:

Post a Comment

Mahu mengomel dengan lebih lanjut?
Silakan disini :)