Friday, June 17, 2011

Kata mereka : "Aku adalah diri aku"

Assalamualaikum blogger sekalian!
Aduh! Berahabuk sungguh blog ini setelah sekian lama tidak di hapdate. uhuk, uhuk, uhuk [sampai terbatuk-batuk kau, heee^^]
Enjoy entry kali ini, khas dibawa dari saluran LANGIT ILAHI. Page faberetku. Ayuh! Kenali diri,'Aku adalah diri aku" Ye ke kau adalah diri kau? Saya dah berkongsi di FB sebelum ini, tapi mahu berkongsi lagi bagi sesiapa yang tak sempat nak baca di Fesbuk ku^^
Come! Come!

Sumber : http://ms.langitilahi.com/

“Aku adalah diri aku. Diri aku macam ini, macam inilah aku. Katalah apa pun, aku tak mahu dengar.”
Kata-kata yang popular, daripada orang yang apabila datangnya peringatan, dan dia mengingkarinya.
Kamu adalah diri kamu ya?
Sebenarnya, apa yang kamu tahu fasal diri kamu?
Hari ini, saya nak ajak diri saya dan diri pembaca, mengeksplorasi diri kita ya.
Jom, jom, jom.
Nanti kamu akan lihat bahawa, berpihak kepada apa yang tidak disukai oleh Allah SWT, adalah bukan diri kamu yang sebenarnya.

Asal kejadian.
Mudah. Daripada Allah SWT. Allah yang cipta kita.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; ”Surah Al-’Alaq ayat 1-2.
Itu muqaddimah diri kita. Kalau nak lebih jelas lagi kejadian diri kita yang Allah ciptakan ini, saya boleh beri satu lagi ayat.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”  Surah Al-Mukminuun ayat 12-14.
Tahukah ayat ini turun bila? Sebelum manusia jumpa mikroskop, x-ray dan sebagainya. Membuktikan bahawa, Tuan punya bicara ini, memang sebenar-benarnya yang menciptakan kita. Sebab Dia Maha Tahu, walaupun ketika itu tiada manusia yang mengetahui.
Nah. Asal kita adalah daripada Allah.

Asal diri kita yang sebenarnya
“Aku dah memang macam ni. Aurat-aurat ni, memang dari dulu aku tak ambil pusing.”
“Aku memang macam ni. Malas la solat. Buat apa ikut-ikut peraturan Islam ni?”
“Yang baik itu bapak aku. Aku memang macam ini.”
“Ala, nama apa la sangat. Nama saya Muhammad pun, saya bukan Nabi Muhammad. Saya, sayalah. Saya memang macam ini.”
Ya ke itu diri kamu yang sebenarnya?
Atau, sebenarnya kamu ini asalnya lain?
Tahukah kamu asal kamu macam mana? Yake macam kamu sekarang ini? Yake kamu memang macam ini?
Kita tengok ya. Sebelum kita wujud di alam ini, apa yang kita kata kepada Allah SWT:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”  Surah Al-A’raf ayat 172.
Ha. Kita sebenarnya, adalah yang mengakui bahawa Allah adalah Ilah kita, mengakui bahawa arahanNya adalah kebenaran, menyimpang daripadaNya adalah kerosakan.

Rasulullah SAW pula bersabda maksudnya: “Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). “ Hadis riwayat Bukhari.
Kita sebenarnya, diri kita yang sebenarnya, adalah yang telah berjanji dan bersaksi kepada Allah SWT, untuk taat kepadaNya. Dilahirkan kita ke dunia ini oleh Allah SWT dalam keadaan fitrah, suci, bersih, dalam erti kata lain, Islam.
Maka, bila mengetahui siapa yang menciptakan kita, dan ‘bentuk’ asal kita yang bagaimana, apakah yang sepatutnya kita lakukan di dalam kehidupan ini?

Tunduklah, patuhlah
Maka hakikatnya, apabila kita bermaksiat, ingkar kepada Allah, tidak mengambil Islam sebagai sistem hidup, tidak mengikut peraturan Islam, itu semua adalah berlainan dengan hakikat diri kita yang sebenar-benarnya.
Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya menyimpang dari diri kita yang sebenarnya. Kita pergi ke satu jalan yang salah, yang silap. Kita tidak berada pada tempat yang kita patut wujud sebenarnya.
Jadi, “Aku adalah diri aku. Aku memang dah macam ini.” adalah satu alasan yang tidak betul sebenarnya. Kamu bukan diri kamu apabila kamu mengingkari Allah SWT. Kamu diciptakan olehNya, dan akan kembali kepadaNya, maka apakah pantas kamu hidup tanpa mentaati perintahNya? Pelik bukan?

Penutup: Cukup-cukuplah. Melutut!
Mengapa masih beralasan?
Hidup ini sebentar cuma. Beratkah Islam? Tidak berat apabila kamu telah melaksanakannya. Apakah mungkin yang disuruh oleh Pencipta Manusia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui Segala, itu memberatkan untuk manusia? Sedang dia telah mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia.
Dan kita mencagarkan akhirat kita untuk dunia yang sementara? Bodoh bukan?
Semestinya kita mahu yang indah itu abadi selama-lama. Maka apa yang kamu nantikan?
Kamu adalah kamu?
Sedarlah. Kamu bukan kamu, selagi kamu tidak tunduk kepada Allah SWT. Kita semua sama. Saya juga demikian.
Maka marilah kita melutut kepada Allah SWT. Apakah belum sampai masanya?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” Surah Al-Hadid ayat 16.

Cukup-cukuplah.



Jadikan Allah yang pertama dalam setiap hal~

Sunday, May 15, 2011

Selamat hari Guru.


Assalamualaikum W.B.T

Esok, 16 Mei 2011
Tarikh paling best bagi para guru yang dok berangan nak dapat hadiah daripada anak-anak murid mereka.   He he :)
Masakan tidak kalau guru-guru itu ada hubungan "kamceng" dengan anak-anak muridnya. Tetapi segalanya bukan itu yang paling utama bagi guru-guru Malaysia yang setia berbakti berkhidmat mendidik anak-anak muridnya yang setia mendengar ajaran mereka. Alhamdulillah~

Saya mahu kalian baca ini :)

Selamat Hari Guru 16 Mei 2011

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...

Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.

Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...
Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar
Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".
Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

Pendidikan pertama bagi saya ialah Ibu dan Ayah yang bermula segalanya dari rumah. 



Selamat Hari Guru :)

Cukup untuk itu jasamu buat kami terdidik dengan ajaranmu

semoga Allah redha segalanya ♥

Saturday, May 7, 2011

Kerana dia begitu berharga.

Assalammualaikum w.b.t..
Salam Ahad penuh barakah anugerah daripada Al-Khalik :)
SELAMAT HARI IBU!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Buat anak-anak yang sedang membesar watch this :)
Tiada Allah selain DIA, tiada IBU selain dia yang melahirkan kita.
Mari gembirakan hati IBU
Orang selalu kata setiap hari adalah hari IBU, bagi saya setiap sedetik lebih itu ialah untuk ibu belaka

Layan~~~ 
:)


kami peminat video matluthfi90  :)

Gembirakan hati ibu dengan tingkah laku serta peribadi yang indah. Itu sudah cukup para ibu untuk melihat bagaimana rasa sejuknya perut ibu mengandung. Ops! rasanya silap..bagaimana rasa sejuknya hati dan mata  ibu apabila kelak akan lega meninggalkan anak-anak yang dapat mendoakan mereka apabila mereka sudah tiada


Syukran laka ya Ummi :)



Saya bukan 'Alim

Siapa yang tak mahu jadi anak yang soleh/solehah? :)


Astaghfirullahal'azim
Bismillahirrahmanirrahim
Salamuan alaik anda-anda semua [ada pula "anda-anda" :) ]
Sentiasa CHILL dan SENYUM itu kekal dalam jiwa-jiwa yang punya taman bunga 

.......................................................

"Ko takyahlah poyo-poyo nak berlagak alim"
Apa yang mampu dirasakan....?
Terkilan ada, rasa sakit hati, sedih ada, cuba menenangkan perasaan sendiri supaya tidak marah. tak gitu? he he :D

Hati : Manusia ini memang tak boleh nak rasa 'alim ka?
Hati : Manusia itu ganjil atau pelik bila tengok orang 'alim?
Hati : Manusia itu tak boleh bergerak menjadi 'alim ka?
Hati : Manusia lain memandang orang yang 'alim itu ialah orang yang tak patut dimata mereka dan tak boleh ditegur ka?
Hati : Manusia itu.....

Banyak perspektif hati mengenai si ALIM ini, bukan manusia. Kerana manusia itu tak punya apa-apa. Yang ada cuma hati dan akal yang asyik memikirkan berkisar tentang si 'ALIM ini.

Salahkah?
Salahkah manusia menjadi 'alim? Adakah 'alim itu satu kesalahan yang ganjil di mata manusia lain yang tidak biasa bagi mereka apabila orang yang 'alim itu cuba menasihati mereka? Seandainya orang 'alim yang sebelum ini banyak huha sana, huha sini tidak boleh menegur kesilapan manusia yang lain [manusia yang belum faham]. Adakah orang yang huha sana sini tidak diberikan peluang untuk membuat kebaikan. Rasa janggal dan pelik itu memang sentiasa ada bagi manusia yang tidak punya kefahaman. Seolah-olah orang yang huha sana sini suatu ketika dahulu, dosa-dosanya diampunkan oleh orang yang tidak punya kefahaman ini.

ISLAM itu sejahtera :)

Perbetulkan,
Ideologi ini perlu diluruskan, kalau yang 'alim ini apabila menghadapi situasi sedemikian rupa, cepat-cepat gunakan akal fikiran dan sedar diri supaya tak tersilap tingkah. Takut yang tidak punya kefahaman ini akan tersalah anggap, guna bahasa yang lembut serta pendekatan yang bijak supaya tidak berlaku salah faham :) Kalau ideologi ini tidak diterapkan, akan lahir manusia yang keliru dan takut untuk mengubah keadaan mereka sendiri. Takut penerimaan orang luar yang hanya melihat dosa-dosa lalu sebagai kayu pengukur personaliti pada hari ini. Sedangkan, orang yang berbuat dosa terdahulu sudah faham dan sedar akan kesilapannya suatu ketika dahulu dan ingin berubah menjadi lebih baik.

Akhirnya, sentiasa mendoakan untuk diri sendiri dan orang sekeliling supaya sentiasa mendapat petunjuk daripada Ilah, Dia yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui atas segalanya. Sekiranya kita merancang yang terbaik, Allah merancang lebih, lebih, lebih baik daripada perancangan manusia. Kita bersedia menerima sebarang kemungkinan kerana orang yang beriman itu bersedia melakukan segala perkara yang dituntut oleh Tuhannya walaupun mereka tidak merelakannya. Wallahualam ~

"MUHASABAH ITU MEMERLUKAN KEBIJAKSANAAN"

Friday, May 6, 2011

Istimewa itu yang mahal

Salamun Alaik~
Dah malam, belum tidur? Masih lagi belum selagi tak menceritakan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan :)
Senyum, senyum. Mesti kekal senyum selalu :)

ISTIMEWA
cmni ISTIMEWA? isinya gebu-gebu.hehe

ISTIMEWA itu juga UNIK :)


Apa yang ISTIMEWA nya? gamabr2 di atas..oh, itu itu ISTIMEWA tapi unik dari segi pemikirannya. Bukankan ISITIMEWA itu ialah sesuatu yang jarang ada atau berlaku atau jarang dibuat. kan?kan?
Ok, teruskan. Adakah blog ini? Oh, belum lagi..blog ini memerlukan pembaikan lagi. orang ISTIMEWA dihatiku? hehehe :) Oh, itu lagi bukan..tiada yang istimewa di hati ini melainkan ibu ayah serta keluarga sakinah yang diharapkan. 
Lagi, lagi..apa lagi yang terISTIMEWA itu? yang istimewa itu ialah tak lain tak bukan iaitu kanak-kanak ISTIMEWA yang sangat dekat dengan diri saya yang Insya Allah kalau punya waktu dan izinNYA akan membimbing mereka supaya mereka jadi salah seorang penyumbang penbangunan ISLAM dan negara :) didoakan. Amin ya Rabbal alamin. 

He he he :)
Bukan apa, hari Jumaat di Astro Oasis ada menyiarkan Imam Muda musim kedua. Tugasan mereka ialah mengajar kanak-kanak ISTIMEWA. Melihat telatah mereka yang sangat melucukan ketika nak mengajar kanak-kanak ini ketika sesi P&P berlangsung. Contohnya, Imam Muda Najdi dengan telatahnya terpaksa berkejar pelajar angkatnya yang mengalami Sindrom Down [perempuan], ditempeleng oleh pelajar tersebut, diludah. ha ha ha :D kesian pula sya melihatnya . Ya, kerja mendidik kanak-kanak ISTIMEWA ini sangat memerluka kesabaran. SANGAT! dan SANGAT!

Siapa yang melihat Imam Muda Minggu kedua tadi akan tahu apa yang terjadi.. [ketawa sopan, sejujurnya saya tak tahu nak buat cmne :) fenomena di FB la ni :P ] 

Sebenarnya, bagus juga tugasan mudir dan murabbi IM mendedahkan mereka para IM mendekati golongan ISTIMEWA ini . Yerlah kan, walaupun mereka ini adalah golongan ahli syurga..mereka juga memerlukan kefahamn tentang agama ISLAM yang syumul. Bukan semua golongan ISTIMEWA ini tidak dapat berfikir, mereka boleh 'masuk ilmu' dalam kepala mereka, tetapi mereka memerlukan pengajaran yang berterusan. 

Saya ada membuat lawatan di Pusat PERMATApintar NEGARA UKM awal MAc lepas, ingin sekali saya ini bertanya kepada DR Noriah [pengarah pusat Permata UKM] bagaiman Islam diterapkan dikalangan pelajar bijak pandai ini. Hal ini kerana peljar bijak pandai atau golongan Pintar Cerdas ini adalah golongan yang selalu banyak bertanya kerana ciri-cirinya. Aish, ruginya saya tak tanya aritu..

Kreatif??

Inovatif??
Gambar2 yang menjadi rujukan bagi pelajar PC :)

MOTIF ENTRY?
Ya, sememangnya ISTIMEWA ITULAH YANG MAHAL. seperti kanak-kanak istimewa yang begitu berharga layak bagi mereka ditempatkan di syurga bahagia yang hakiki. Sesungguhnya untuk mendapatkan sesuatu yang mahal itu kita perlu berusaha. Berusaha semaksimum mungkin supaya kita dapat grab untuk mendapatkan hajat yang dihajati. samalah kita hidup untuk mendapatkan syurga. Bukan tidak mampu tapi banyak sungguh alasannya bukan. Lebih kepada diri saya yang selalu terlajak dengan dosa. Aduhai~ [JANGAN mengeluh Fatim, Nabi Muhammad tidak suka ummat Baginda mengeluh] sentiasa berusaha dan istiqamah, semoga Allah redha segalanya buat kalian dan saya juga :)

...:::BUKAN SEMUA APA KITA BUAT ALLAH REDHA:::...