Friday, May 6, 2011

Istimewa itu yang mahal

Salamun Alaik~
Dah malam, belum tidur? Masih lagi belum selagi tak menceritakan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan :)
Senyum, senyum. Mesti kekal senyum selalu :)

ISTIMEWA
cmni ISTIMEWA? isinya gebu-gebu.hehe

ISTIMEWA itu juga UNIK :)


Apa yang ISTIMEWA nya? gamabr2 di atas..oh, itu itu ISTIMEWA tapi unik dari segi pemikirannya. Bukankan ISITIMEWA itu ialah sesuatu yang jarang ada atau berlaku atau jarang dibuat. kan?kan?
Ok, teruskan. Adakah blog ini? Oh, belum lagi..blog ini memerlukan pembaikan lagi. orang ISTIMEWA dihatiku? hehehe :) Oh, itu lagi bukan..tiada yang istimewa di hati ini melainkan ibu ayah serta keluarga sakinah yang diharapkan. 
Lagi, lagi..apa lagi yang terISTIMEWA itu? yang istimewa itu ialah tak lain tak bukan iaitu kanak-kanak ISTIMEWA yang sangat dekat dengan diri saya yang Insya Allah kalau punya waktu dan izinNYA akan membimbing mereka supaya mereka jadi salah seorang penyumbang penbangunan ISLAM dan negara :) didoakan. Amin ya Rabbal alamin. 

He he he :)
Bukan apa, hari Jumaat di Astro Oasis ada menyiarkan Imam Muda musim kedua. Tugasan mereka ialah mengajar kanak-kanak ISTIMEWA. Melihat telatah mereka yang sangat melucukan ketika nak mengajar kanak-kanak ini ketika sesi P&P berlangsung. Contohnya, Imam Muda Najdi dengan telatahnya terpaksa berkejar pelajar angkatnya yang mengalami Sindrom Down [perempuan], ditempeleng oleh pelajar tersebut, diludah. ha ha ha :D kesian pula sya melihatnya . Ya, kerja mendidik kanak-kanak ISTIMEWA ini sangat memerluka kesabaran. SANGAT! dan SANGAT!

Siapa yang melihat Imam Muda Minggu kedua tadi akan tahu apa yang terjadi.. [ketawa sopan, sejujurnya saya tak tahu nak buat cmne :) fenomena di FB la ni :P ] 

Sebenarnya, bagus juga tugasan mudir dan murabbi IM mendedahkan mereka para IM mendekati golongan ISTIMEWA ini . Yerlah kan, walaupun mereka ini adalah golongan ahli syurga..mereka juga memerlukan kefahamn tentang agama ISLAM yang syumul. Bukan semua golongan ISTIMEWA ini tidak dapat berfikir, mereka boleh 'masuk ilmu' dalam kepala mereka, tetapi mereka memerlukan pengajaran yang berterusan. 

Saya ada membuat lawatan di Pusat PERMATApintar NEGARA UKM awal MAc lepas, ingin sekali saya ini bertanya kepada DR Noriah [pengarah pusat Permata UKM] bagaiman Islam diterapkan dikalangan pelajar bijak pandai ini. Hal ini kerana peljar bijak pandai atau golongan Pintar Cerdas ini adalah golongan yang selalu banyak bertanya kerana ciri-cirinya. Aish, ruginya saya tak tanya aritu..

Kreatif??

Inovatif??
Gambar2 yang menjadi rujukan bagi pelajar PC :)

MOTIF ENTRY?
Ya, sememangnya ISTIMEWA ITULAH YANG MAHAL. seperti kanak-kanak istimewa yang begitu berharga layak bagi mereka ditempatkan di syurga bahagia yang hakiki. Sesungguhnya untuk mendapatkan sesuatu yang mahal itu kita perlu berusaha. Berusaha semaksimum mungkin supaya kita dapat grab untuk mendapatkan hajat yang dihajati. samalah kita hidup untuk mendapatkan syurga. Bukan tidak mampu tapi banyak sungguh alasannya bukan. Lebih kepada diri saya yang selalu terlajak dengan dosa. Aduhai~ [JANGAN mengeluh Fatim, Nabi Muhammad tidak suka ummat Baginda mengeluh] sentiasa berusaha dan istiqamah, semoga Allah redha segalanya buat kalian dan saya juga :)

...:::BUKAN SEMUA APA KITA BUAT ALLAH REDHA:::...

Thursday, May 5, 2011

Hantaran Al-Quran

Salamun alaik~
Sedang saya belek2 facebook yang semakin lama semakin "kureng" itu [gara-gara bermulanya cuti sem, ramai tak online] he he :) saya terjumpa satu artikel dari I LUV ISLAM yang ditulis oleh Muhammad Al-Hafiz. 

Jom Baca dan Teroka!

Enjoy!
:)


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. 

Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Sekadar Renungan~


cinta INDAH dilakar dengan pena BERKUALITI (^_^)

Wednesday, May 4, 2011

Rapuh? Berkecai? Bina semula dengan iman.

Lamanya~~

Bismillahirahmanirrahim~

Alhamdulillah, hamdalah segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang menciptakan Bumi dan alam maya ini secantik yang tak pernah kita gambarkan Masya Allah :)

Aduhai~ [saya mengeluh melihat blog yang tersadai macam buku buruk di rak paling tas di perpustaakaan, takde sapa yang nampak, takde sapa yang jenguk. [de jugaklah nampak 17 orang view, mungkin "TERLALU" mungkin. But its ok, its no my problem :) ]

terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi tetapi kenapalah saya tak boleh menulis ayat panjang2, fobia tau, fobia. [harap ja bakal minor BM tapi hampeh nka ngarang panjang2, hik3] saya memang suka berkongsi. sebab tu perkongsian sya yang lebih detail sya suka briefing depan supaya orang di depan dapat faham apa yang kita nak sampaikan..kalau mereka tak faham sya boleh lakonkan apa yang mereka tak faham samai mereka faham [apa semua ni!! ] kan dah~~ ntah pape ja ..he he :) itulah sya yang memg lambat bila dapat tahu tengah buat kesilapan.


ok , perkongsian sikit ja :)

anda sudah membaca MATAHARI by HILAL ASYRAF 
saya syorkan anda membacanya, kalau boleh serahkan hati bile baca buku ni supaya anda akan dapat input yang paling menakjubkan dalam perkongsian pertama dalam novel ini..saya dah merasainya..its coo bro and girl. heee~
kita mesti punya cita-cita ingin menjadi seperti matahari yang memberi cahaya, yang memberi tenaga, yang memberi panduan..sangat berguna matahari pada semua manusia..seperti juga manusia yang punya kefahaman ISLAM yang sangat cantik, mesti bawa manfaat yang sangat berguna kepada orang sekeliling..bukankah dalam surah Baqarah ada menyatakan Allah berfirman bahawa Allah menjadikan manusia itu untuk dijadikan sebagai KHALIFAH yang berusaha untuk membawa manusia kearah pembaikan yang hakiki.. serta
dapat emnacapai taraf hamba yang tunduk dan patuh kepada perintahNYA, sejauh mana kita?? semoga Allah redha segalanya :)


Itu baru skit, 
Banyak input serta isi berguna ♥
Buat saya tersentap pada BAB Pertama.


Enjoy bagi yang sudah memilikinya :)
Kalau belum baca, boleh beli atau roger2. Hik3~



Apa yang ingin Dibicara??

Apa? Apa? APA?
Apa semua ni??
Kenapa semuanya harus begini,
padahal kebahagiaan itu sudah berada dipintu [dialog CINTA KARMILA, ASTRO RIA] apa kena mengena? ha ha :)

Apalah yang saya perkatakan itu? Baiklah, saya nak teruskan taipan saya yang tiada arahnnya ini.

Apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ini?
Adakah mahu KEKASIH yang hensem, sasa, kacak, baik. berbudi, berkopiah dan berbagai positifnya.

Adakah mahu KELUARGA yang penyayang, yang sentiasa menurut kemahuan, yang sentiasa bagi sokongan? yang sakinah, mawaddah warahmah? [cita-citaku :) ]

Adakah mahu KAWAN yang sentiasa disisi, yang sentiasa bersama susah dan senang [sush nak cari kan?] sebab kita tak berusaha untuk menjadi kawan yang sentiasa berada disisi dan sentiasa susah dan senang.

Adakah kita mahu EKONOMI yang mantap, yang punya wang yang banyak, yang punya harta yang banyak untuk ditunjukkan kepada orang lain? untuk sedekah dan bayar zakat?

Adakah kita mahu TEMAN HIDUP yang sentiasa berada disisi, yang sentiasa mendengar masalah,  yang sentiasa menemani kita tidur, yang mengejut tatkala subuh, yang mengejut untuk qiamullail~



Semua ini kita mahukan bukan? Kita mahukan yang terbaik daripada yang terbaik. Banyak lagi yang kita mahukan, banyak lagi yang kita belum kita teroka. Sampai bila? Untuk apa? Semoga apa yang kita lakukan dapat redha dariNYA. Kita berusaha Allah akan menilai. Keep it up! :)