Wednesday, January 25, 2012

Kasih untuk sahabatku .

http://muharikah.com/archives/3812/


ku tuliskan bait-bait ini bukan utk sekadar bermadah..
atau mengolah segala isi di jiwa..
tetapi ku tuliskan ini.. sebagai ubat buat Sang hati yang masih meronta-ronta..
terutamanya buat kamu ukhtiku.. yang ku cinta kerana ad-deen ini..
sungguh, mungkin masih ada yang peka akan kamu ukhtiku..
yg tahu akan gelora yang membuak-buak itu..
seolah-olah kita ketandusan.. haus akan harga diri ini..
memang.. aku juga bukan manusia sempurna.. aku hamba yang masih terlalu naif dalam memaknai fitrah ini..
biarpun aku bisa untuk mempelajarinya..
namun ukhtiku,
ku lihat bumi ini sudah tenat.. sarat..
kita di jadikn bahan tontonan, bualan, mainan…
harga diri jauh .. jauh.. dan ia semakin jauh melayang meninggalkan akhlak kita..
kita rebah.. dengan mudah.. dekat.. dekat.. dan semakin dekat dengan rakusnya mereka itu..
kita biarkan sepasang mata itu merenung seolah-olah kita peragawati hebat,
biar pun tutup erat hijabnya,
biar pun sopan menawan bicaranya,
aduh…
ukhtiku,
izinkan aku bicara sejujurnya kerana aku juga seorang perempuan..
aku malu tubuh yg indah itu jadi tontonan,
aku malu suara yang merdu itu jadi belaian buat jiwa sang insan itu,
aku malu kerana diriku gagal memegang kalian erat-erat…
membiarkan bahuku menjadi tempat kalian berlabuh melepas resah..
melepas gundah..
bukan pada mereka.. mereka yang tidak layak untuk meratah..
silap diriku kah ukhtiku?
kerana aku telah mengabaikan hak-hak cinta dan sayangku padamu ukhtiku?
dan kau menjauh krn gagalnya diriku membimbingmu?
maafkan aku..
seandainya aku telah membiarkan kamu jatuh ke dalam lembah itu…
bersama mereka yang tidak selayaknya utk mu..
walaupun..
setinggi gunung mereka lafazkan gelora jiwa padamu..
sehingga kamu percaya akan dia berbanding ukhtimu sendiri..
aku mengerti..
kerana memang silap diri ini membiarkan mu di satu saat itu…
ukhtiku,
dengarkan ini,
jangan kerana kamu terlalu asyik dengan dia yang tak kamu kenal budinya,
ukhwah kita lebur,
ukhwah kita hancur,
dan segalanya menjadi kekeliruan yang amat merumitkan hubungan ini..
mungkin dirimu belum mengerti akan semua yang terjadi..
namun..
aku mohon…
kembalilah.. jangan pergi dari sinar yg terang..
kerana sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah…
 

Monday, November 7, 2011

Kau tahu yang sepatutnya..


Ya Allah, kenapa aku..??

Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?


Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jati dirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?

Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?

Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?

Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?

Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?

Mengapa aku?

Aku banyak dosa...
Aku banyak maksiat...
Aku banyak ingkar...

Aku bukan orang yang layak!

Tapi mengapa aku dipilih?

Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku... aku tak pernah pun meminta...

Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!

Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?

Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!

Tapi Tuhan... aku tak kuat!

Aku lemah...

Dikala ujian dariMu datang...
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.

Aku malu Allah...

Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.

Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...

Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...

Tuhan, jawablah... mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?

Tuhan..

aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...

Tapi ketahuilah...
Aku merayu...

Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...
Agar diriku, bisa mencintaiMu.

Terima kasih Tuhan...
kerana memilih aku...

Terima kasih Ya Rabbi.

Dan kini... Hanya diriMu matlamatku.

Sekarang dan selamanya...

Thursday, October 6, 2011

Tukar tajuk : Mengapakah saya harus mencari jodoh ? ting-ting!



Zaman skang adalah zaman yg sangat m'cabar. (mcm p'dahuluan karangan kan)

Mencabar! Sebab…..setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita di"bomb" dari segenap penjuru dgn pelbagai bentuk godaan peluru b'pandu yg m'bangkitkan naluri seksual memasing.biasalah bila dah baligh, umur meningkat, takde godaan pun keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka apetah lagi ada godaan sekeliling kan. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berpuluh lipat kali ganda dan b'laku pada tahap yg lebih awal lagi. tak gitu? Oh, jgn t'kejut budak sekolah rendah pun dah pandai daa...

Metro bebaru ni m'dedahkan kes anak2 b'umur 14 tahun secara senyop2 m'jadikan "hubungan sulit" sbg hobi, dan dgn confidentnye ibu bapa tak tahu-menahu apa yg b'laku. Perkara ni mungkin m'ngejutkan bagi beberapa org yg "innocent" tapi tidak awan. Dengan godaan sana sini. Media sana sini. Internet sana sini. Pergaulan bebas sana sini. No hijab sana sini. Dedah sana sini.

Nah, inilah akibatnya. Keruntuhan akhlak. Keruntuhan moral.

Ni kalau dibiarin, confirm anak muda kita hancur, masyarakat punah, nak bina negara lagi la jauh. Keadaan yg sungguh meruncing, m'bimbangkan, meresahkan, dan menyesakkan nafas awan. Anda pula bagaimana?

Maka, awan duk t'menung dan b'pikir: apakah jln terbaik utk selesaikan masalah? Apakah jalan utk selamatkan spiritual anak kita ?(bila b'gelumang dgn dosa, confirm spiritualnya jatuh , cam ni : dush!) dan...apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tak boleh nak salahkan ibu bapa yg tak boleh awasi mereka 24 jam, dan tak boleh nak salahkan anak muda semata sbb cabaran yg melampau sana sini…salahkan kerajaan? Oh, itu dah politik, itu lain cerita na, maka tidak akan dibincang di sini okay :)

Maka….alkisah... selepas awan m'baca buku Islamik sana sini, yg m'bahaskan isu2 semasa, dan cara t'baik utk selamatkan masyarakat dan anak2 muda kita, maka, di sini awan try summarize dan senaraikan point2 penting:

  • Yang pertama, kahwin awal tu penting, sebab ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori

  • Maka, masyarakat harus berusaha m'cari jalan untuk m'bolehkan anak2 muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan p'kahwinan hanya satu2nya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

  • Dan Islam memang menggalakkan anak2 muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih2 lagi dengan godaan yg datang "attack" dari pelbagai arah at the same time. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu….Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka…" (24:32)

  • Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa untuk tahan nafsu, jaga pandangan dan sebagainya, tapi sampai bila? Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dgn godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yg boleh m'nyebabkan "nerve breakdown", jiwa t'tekan, anak muda pun susah nak concentrate dlm p'lajaran. Akhirnya tu yg cari jalan belakang, jalan senyap2, jalan sembunyi2 utk memenuhi "keperluan semulajadi" …. -ni yg kita tengah cuba elakkan…

  • Tapi, nak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa nak anak-anak habis belajar dulu, pastu misti ader duit, matured mentalitinya, ada kedudukannya, hantaran RM 15000-30000 (tepuk dahi), pastu kewangan untuk anak2 yg bakal lahir lagi, bla, bla. Maka kahwin awal tu macam impossible! impossible!!

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan utk m'bantu anak2 muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yg "ada duit". Ibu bapa yg b'kemampuan memang digalakkan supaya support anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yg mana patut. Kalau Islam itu m'galakkan kita untuk tolong org susah, org miskin, apetah lagi tolong anak sendiri sampai diorang boleh b'dikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannye , x  gitu :)

2. Yang Kedua,  "Komuniti support" . Kiranya kita ada Islamic organisasi yg menyediakan dana utk tolong anak2 ni kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dgn menggunakan kewangan negara. Maka di sini Sayyidina Ali telah m'beri contoh macam mana masyarakat boleh menolong org muda utk b'kahwin

3. Yang ketiga pula ialah, "perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara tu bolehla melaksanakan "aqad" sahaja untuk m'halalkan hubungan. Tetapi diorang boleh tangguh dari buat majlis perkahwinan yg menelan kos tu, mungkin lepas dah habis belajar, dah ade kerja, pastu bila duit dah banyak, barulah buat. No problem.

Dan mereka ni  bolela saling berjumpa sebab diorang pun dah nikah. Dan kalau ada keperluan untuk memenuhi "naluri", maka bolela m'amalkan "kaedah kontraseptive" utk "family plan"(dan family plan tak salah dalam islam. Yang salah ialah menggugurkan anak tu.) Maka dengan cara ini dapatlah anak2 muda ini memenuhi keperluan naluri tanpa ada beban kewangan, x gitu? So dapatlah diorang jaga diri dari maksiat, zina, onani dan sbginya….so spiritualnya mantap, study pun boleh concentrate, takdelah duk merana, jiwa tertekan dan sbginya

4. Yang keempat, diorang buat "aqad"+ majlis perkahwinan, tapi tangguh jugak dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". maka dgn cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri memasing, dan dalam masa yg sama beban kewangan tu dapat dielakkan..

Ya..begitulah…TE..TA..PI, ehem-ehem. Diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini. Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa m'register p'hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya  kalau-kalau perkara yg tak dijangka berlaku la pulak. So ibu bapa mainkan peranan yg penting sesangatttttttttt.

Sekiranya kita (orang2 tua) m'harapkan anak-anak ni supaya kewangan dia "steady" dulu pastu baru boleh kahwin, maka alamatlah kena tunggu diorang masuk umur 30-an, barulah diorang berduit and kahwin, tapi memang time tu dah korupsi dah jiwanya sana sini…takde keraguan lagi.

Maka, pabila kita memahami perspective dari sudut pandangan Islam yang m'galakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan p'kara mustahil bagi pelajar2, untuk berkahwin dan dalam masa yg sama m'neruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yg disewa di university (diorang dah kahwin so no prob). Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sbg pelajar..so..begitulah..

Pasni, misti awan akan di"bomb" oleh para ibu bapa pulak, aduh! (tepuk dahi)

*Tapi hakikat wal makrifat, kalau tak nak anak kahwin awal, maka b'sedialah akan risiko2nya…Eh, ingin awan selitkan di sini, sesape yg confident dapat kawal diri, maka dipersilakan, takdela awan paksa semua supaya kahwin awal ... Depend on kondisi, situasi jugak kan

*kahwin awal tu memang digalakkan, TETAPI mental, dan emosional, ilmu jugak, pun kena perlengkapkan jugak ye anak-anak sekalian, kalau takde rasa tanggungjawab, alamat kacau bilau la..…..TAQWA, misti penuh di dada, barulah rumah tangga tu b'cahaya, x gitu(dgn mata yg bersinar-sinar)


Sibuk mengejar si rama-rama
Rama-rama pergi meninggalkan sang awan (sedihnyeee)
Jom-Jom,i kita kembali ceria!
Sama-sama kita  merebut kejayaan !

Facebook Awan Putih

SENYUM PETANG-PETANG

Assalamualaikum, ehem..ehem..dah lama tak jenguk :)

Ok, berkait dengan entry yang sedia ada..

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”
 
Sekian 
Wabillahitaufik wal hidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Friday, June 17, 2011

Kata mereka : "Aku adalah diri aku"

Assalamualaikum blogger sekalian!
Aduh! Berahabuk sungguh blog ini setelah sekian lama tidak di hapdate. uhuk, uhuk, uhuk [sampai terbatuk-batuk kau, heee^^]
Enjoy entry kali ini, khas dibawa dari saluran LANGIT ILAHI. Page faberetku. Ayuh! Kenali diri,'Aku adalah diri aku" Ye ke kau adalah diri kau? Saya dah berkongsi di FB sebelum ini, tapi mahu berkongsi lagi bagi sesiapa yang tak sempat nak baca di Fesbuk ku^^
Come! Come!

Sumber : http://ms.langitilahi.com/

“Aku adalah diri aku. Diri aku macam ini, macam inilah aku. Katalah apa pun, aku tak mahu dengar.”
Kata-kata yang popular, daripada orang yang apabila datangnya peringatan, dan dia mengingkarinya.
Kamu adalah diri kamu ya?
Sebenarnya, apa yang kamu tahu fasal diri kamu?
Hari ini, saya nak ajak diri saya dan diri pembaca, mengeksplorasi diri kita ya.
Jom, jom, jom.
Nanti kamu akan lihat bahawa, berpihak kepada apa yang tidak disukai oleh Allah SWT, adalah bukan diri kamu yang sebenarnya.

Asal kejadian.
Mudah. Daripada Allah SWT. Allah yang cipta kita.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; ”Surah Al-’Alaq ayat 1-2.
Itu muqaddimah diri kita. Kalau nak lebih jelas lagi kejadian diri kita yang Allah ciptakan ini, saya boleh beri satu lagi ayat.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”  Surah Al-Mukminuun ayat 12-14.
Tahukah ayat ini turun bila? Sebelum manusia jumpa mikroskop, x-ray dan sebagainya. Membuktikan bahawa, Tuan punya bicara ini, memang sebenar-benarnya yang menciptakan kita. Sebab Dia Maha Tahu, walaupun ketika itu tiada manusia yang mengetahui.
Nah. Asal kita adalah daripada Allah.

Asal diri kita yang sebenarnya
“Aku dah memang macam ni. Aurat-aurat ni, memang dari dulu aku tak ambil pusing.”
“Aku memang macam ni. Malas la solat. Buat apa ikut-ikut peraturan Islam ni?”
“Yang baik itu bapak aku. Aku memang macam ini.”
“Ala, nama apa la sangat. Nama saya Muhammad pun, saya bukan Nabi Muhammad. Saya, sayalah. Saya memang macam ini.”
Ya ke itu diri kamu yang sebenarnya?
Atau, sebenarnya kamu ini asalnya lain?
Tahukah kamu asal kamu macam mana? Yake macam kamu sekarang ini? Yake kamu memang macam ini?
Kita tengok ya. Sebelum kita wujud di alam ini, apa yang kita kata kepada Allah SWT:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”  Surah Al-A’raf ayat 172.
Ha. Kita sebenarnya, adalah yang mengakui bahawa Allah adalah Ilah kita, mengakui bahawa arahanNya adalah kebenaran, menyimpang daripadaNya adalah kerosakan.

Rasulullah SAW pula bersabda maksudnya: “Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). “ Hadis riwayat Bukhari.
Kita sebenarnya, diri kita yang sebenarnya, adalah yang telah berjanji dan bersaksi kepada Allah SWT, untuk taat kepadaNya. Dilahirkan kita ke dunia ini oleh Allah SWT dalam keadaan fitrah, suci, bersih, dalam erti kata lain, Islam.
Maka, bila mengetahui siapa yang menciptakan kita, dan ‘bentuk’ asal kita yang bagaimana, apakah yang sepatutnya kita lakukan di dalam kehidupan ini?

Tunduklah, patuhlah
Maka hakikatnya, apabila kita bermaksiat, ingkar kepada Allah, tidak mengambil Islam sebagai sistem hidup, tidak mengikut peraturan Islam, itu semua adalah berlainan dengan hakikat diri kita yang sebenar-benarnya.
Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya menyimpang dari diri kita yang sebenarnya. Kita pergi ke satu jalan yang salah, yang silap. Kita tidak berada pada tempat yang kita patut wujud sebenarnya.
Jadi, “Aku adalah diri aku. Aku memang dah macam ini.” adalah satu alasan yang tidak betul sebenarnya. Kamu bukan diri kamu apabila kamu mengingkari Allah SWT. Kamu diciptakan olehNya, dan akan kembali kepadaNya, maka apakah pantas kamu hidup tanpa mentaati perintahNya? Pelik bukan?

Penutup: Cukup-cukuplah. Melutut!
Mengapa masih beralasan?
Hidup ini sebentar cuma. Beratkah Islam? Tidak berat apabila kamu telah melaksanakannya. Apakah mungkin yang disuruh oleh Pencipta Manusia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui Segala, itu memberatkan untuk manusia? Sedang dia telah mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia.
Dan kita mencagarkan akhirat kita untuk dunia yang sementara? Bodoh bukan?
Semestinya kita mahu yang indah itu abadi selama-lama. Maka apa yang kamu nantikan?
Kamu adalah kamu?
Sedarlah. Kamu bukan kamu, selagi kamu tidak tunduk kepada Allah SWT. Kita semua sama. Saya juga demikian.
Maka marilah kita melutut kepada Allah SWT. Apakah belum sampai masanya?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” Surah Al-Hadid ayat 16.

Cukup-cukuplah.



Jadikan Allah yang pertama dalam setiap hal~